Blogroll

. . . . : : : DON'T TALK WHEN YOUR MOUTH IS FULL OF LIES : : : . . . .

11 August 2012

AP213 bachelor of science (architecture) (bahagian2)

Assalamualaikum
(waalaikumusalam)


setelah aku check semula..
rupanya post ni paling popular. mungkin, ramai yang confuse, dan tertanya tanya 

"eh apesal terus ijazah sarjana ni?"

"tak de foundation ke?"

"qualification dari mana ni?"

alright! tak perlu fikir banyak sangat. akan aku terangkan secara terperinci,..

mula- mula aku lampirkan carta bagi korang paham. 



ok .
next..

kalau aku,sekarang study kat uitm. sijil dari uitm ni diiktiraf oleh LAM (Lembaga Arkitek Malaysia)
berita terbaru aku dapat dari lecturer aku hari tu , kiteorang diberitahu bila kite dah grad nanti, kite dapat Bachelor of Science (Hons) Architecture. kalau sebelum sebelum ni tak ada honours. 

aku rase cukup gambar ni buat korang faham macam mana aliran arkitek dari uitm hingga ke part 2. kalau tak silap aku, part 2 ni equivalent dengan Master. after architectural practice, korang boleh la ambil part 3 (PhD)

insyaallah.. (kalau statement aku salah tentang ni maafkan aku yer)

oklah..kemudian aku nak story mory sikit perjalanan sepaaaaaaaanjaaaang belajar kat uitm sebagai pelajar seni bina ni..

14 minggu pertama - learning session
mingu ke 15 - submission portfolio
minggu ke 16 - study week
minggu ke 17 - examination weeks
minggu ke 19 - dah boleh balik. YEPPI!

ada paham? 

masa mula mulaa lepas Minggu Destini Siswa, korang akan diambil alih oleh senior. hihi
dan bermulalah perjalanan hidup seorang pelajar seni bina yang penuh liku-liku ( torture )
sape yang tak kuat dan tak tahan dengan dugaan ni, fikirlah sebaik mungkin..tapi jangan risau, kalau korang jage allah, allah akan jaga korang. 

lepas tu ,
kat uitm ni ade beberapa event setiap semester

ok? dah faham jadual tu?

mase semester 01, korang kene berkerjasama dengan senior, senior akan judge batch korang dari segi pemberian kerjasama. jadi, aku harap.. bakal2 pelajar senibina UiTM kenalah bagi kerjasama. kalau tak nanti, mase korang handle event ArchiDay, senior takkan tolong korang .. dan berjaya atau tidak Archiday korang tu akan menentukan nasib korang mase jadi senior,.. kalau korang berjaya, lecturer pun sayang korang. nak tahu sebab ape? arkitek ni, pekerjaan nye lebih kepada design dan design. jadi, dalam handle event nanti, korang sendiri kene design stage, invitation, tags, goodies , etc..

lagi kreatif korang, lagi laa berjaya event korang tu, ok. tak nak cerita banyak-banyak, nanti korang dah masuk,korang tahu lah macam mana cara handle event tuh. 

oh ya!
ape beza archi day dengan archi fest,. lebih kurang sama jer.. cuma archiday akan di 'handle' oleh semester03 firt intake (sept - january)..archifest- semester 03 second intake (march-july).

dan yang paling penting sekarang ni, .. 
dalam banyak banyak event..PORTFOLIO adalah sangat penting! sebab, subjek design tak ada exam, so nanti korang akan dapat project untuk final. nanti korang kene pin-up final project korang untuk dianalisis oleh pemeriksa dari dalam dan luar. 

jadi,every project yang korang buat tu, kene lah buat betul-betul sebab akan diambil markahnya semasa submission.. 

Let me share what Prof Alan Bridges summed up during external examiner wrap-up session - "SketchUp should be banned from School of Architecture. Students are not making architecture, but students are making images (with SkectUp). Even Frank Gehry doesn't know to use computer and refuse to learn it (but still making impressive arechitecture)". Thing to ponder!
ok, yang ni lagi satu,.. korang takyah lah sebok-sebok nak design-design guna autocad or sketchup..
sebab kalau design thru semua ni, korang akan tersekat dengan grid grid komputer..bukan freely or originally from your own idea.. ok ada paham?

dan korang kena rajin datang studio. jangan banyak main ..nanti jadi kerja last minit.. tak best!
ok lah. aku rasa cukup sampai sini.. nah..
aku copy paste dari group department aku kat fb.

dalam entry seterusnya.. jangan juling masa baca nanti dah lah yer! ekeke


p/s : kalau nak tanya banyak..add facebook aku. kenalkan diri..

fb: sarasyuhada@yahoo.com



 wassalam

No comments: